Karpet, sofa, tilam & kusyen kereta bersih, wangi, bebas hama.
BPRO Cleaning Services membantu keluarga di Kajang, Bangi dan sekitarnya mencuci upholsteri dengan mesin khas dan bahan pencuci yang selamat. Ada soalan? WhatsApp atau hubungi kami di 017-238 8087.
Pilih servis yang anda perlukan
Cuci Karpet
Dicuci, dikeringkan dan dibungkus di pusat kami di Kajang.
Lihat proses → DI RUMAH ANDACuci Sofa
Fabrik, baldu dan kulit. Siap dalam 2 hingga 3 jam.
Lihat butiran → DI RUMAH / DI PUSATCuci Tilam
Buang hama, habuk dan bau. Proses lebih kurang 1 jam.
Lihat butiran → DI RUMAH / DI PUSATCuci Kusyen Kereta
Untuk kereta keluarga, e-hailing dan kereta yang ada anak kecil atau haiwan.
Lihat butiran →Cuci Karpet
Karpet anda dicuci sepenuhnya di pusat kami dengan mesin khas, kemudian dihantar semula dalam keadaan bersih, kering dan berbungkus.
1. Tanggalkan kotoran
Mesin sental melonggarkan kotoran, pasir dan habuk yang terperangkap jauh dalam serat karpet.
2. Perah air
Karpet digulung dan diputar dalam drum khas untuk membuang air sepenuhnya.
3. Kering tanpa cahaya matahari
Dikeringkan dengan angin, bukan dijemur, supaya serat tidak rosak akibat panas terik.
Ukur & sebut harga
Kami ukur karpet, semak jenis dan keadaannya, dan beri harga jelas tanpa caj tersembunyi.
Cuci & keringkan
Cucian mendalam buang kotoran, kesan dan bau, kemudian dikeringkan sepenuhnya supaya tidak hapak atau berkulat.
Kemasan & bungkus
Karpet diperiksa, disikat kemas dan dibungkus untuk dihantar semula kepada anda.
Cuci Sofa
Cucian mendalam dengan mesin khas dan larutan yang selamat untuk fabrik. Kami buang kotoran, kesan tumpahan, bau, hama dan bakteria. Kebanyakan air disedut keluar, jadi sofa cepat kering. Sesuai untuk sofa fabrik, baldu dan kulit.
Cuci Tilam
Tilam mengumpul habuk, hama, peluh, sel kulit mati dan bau dari hari ke hari. Cucian kami menyegarkan semula tilam anda di rumah. Tak perlu beli tilam baru, cuci saja tilam lama.
Cuci Kusyen Kereta
Seat kereta mengumpul serbuk makanan, tumpahan air, peluh dan bau. Kami buang kotoran dan kuman sehingga seat kembali segar. Sesuai untuk kereta keluarga, pemandu e-hailing dan kereta yang selalu membawa anak kecil atau haiwan peliharaan.
Seat bersih dan segar untuk setiap perjalanan.
Tempah Slot Sekarang →Proses cucian upholsteri kami
1. Berus & sental
Fabrik diberus perlahan untuk melonggarkan kotoran, rambut dan kesan degil.
2. Stim suhu tinggi
Wap panas membunuh kuman dan hama serta membantu menghilangkan bau, tanpa bahan kimia keras.
3. Sedut keluar
Baki air dan sabun disedut keluar supaya cepat kering, tidak berkulat, tidak melekit dan tiada kesan tompok air.
Harga jelas, tiada caj tersembunyi
Cuci Karpet
Harga = panjang (kaki) × lebar (kaki) × harga sekaki persegi. Contoh: karpet 5 × 8 kaki jenis Turkey = 40 kps × RM2.00 = RM80.
- Velvet / span / lembut / DubaiRM1.00 / kps
- Machine made / standard / TurkeyRM2.00 / kps
- Berbulu shaggyRM2.20 / kps
- Premium / Persian / grade one / IranRM3.00 / kps
- Silk / handmadeRM3.00 / kps
- Tak pasti jenis karpet? WhatsApp gambar karpet anda, kami bantu kenal pasti.
- Tempoh siap: 1 hingga 2 minggu.
- Boleh walk-in ke kedai, atau guna servis ambil & hantar.
Cuci Sofa
Harga promo untuk sofa fabrik, baldu dan kulit.
- 1 seater
RM69RM60 - 2 seater
RM138RM119 - 3 seater
RM207RM177 - 3 seater L-shape
RM237RM207 - 2 + 3 seater
RM345RM295 - 1 + 2 + 3 seater
RM414RM350 - Tambahan L-shapeRM30
- Harga dicoret ialah harga biasa sebelum promo.
Cuci Tilam
Pilih cuci sebelah (1 side) atau kedua-dua belah (2 side).
1 side
- SingleRM79
- QueenRM129
- KingRM149
2 side
- SingleRM119
- QueenRM195
- KingRM223
- Nota: tiada jaminan kesan kotoran (stain) boleh hilang 100%.
Cuci Kusyen Kereta
Harga mengikut jenis kenderaan.
- Single seaterRM40
- Compact 4 seaterRM129
- Sedan 5 seaterRM139
- MPV 7 seaterRM159
- VanRM40 / seat
- BasRM30 / seat
Tambahan
- BumbungRM50 – RM70
- LantaiRM50 – RM70
- Alas kakiRM5 / helai
- Panel pintuRM10 / pintu
Apa kata pelanggan kami
Diterjemah daripada ulasan asal dalam bahasa Inggeris“Secara keseluruhan, pengalaman yang sangat menyenangkan. Saya pasti akan syorkan kepada sesiapa yang cari servis cuci karpet yang boleh diharap di kawasan ini!”
“Dah banyak kali guna servis mereka. Harga berpatutan, boleh ambil dan hantar semula ke rumah selepas dicuci. Terima kasih!”
“Servis terbaik! Karpet sangat wangi selepas dicuci. Harga berpatutan dan pemilik cepat membalas.”
Jom kilatkan semula upholsteri anda!
WhatsApp gambar karpet, sofa, tilam atau kusyen kereta anda. Kami balas dengan sebut harga dan slot yang tersedia.